Masa depan anda bermula di sini. Bina kemahiran teknikal dan vokasional berkualiti tinggi yang diiktiraf industri untuk melangkah terus ke alam pekerjaan.
Kenali program pengajian sepenuh masa dan kursus separuh masa yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Muar.
Program sepenuh masa Kolej Komuniti Muar menyediakan pembelajaran teori dan amali bagi membina kemahiran serta menyediakan pelajar ke alam pekerjaan, keusahawanan dan peluang melanjutkan pengajian.
Program Dandanan Rambut membekalkan pengetahuan dan kemahiran teori serta amali dalam bidang penjagaan, penggayaan, guntingan, pengerintingan dan pewarnaan rambut serta asas pengurusan salon dan keusahawanan.
Program Terapi Kecantikan dan Spa menyediakan pengetahuan dan kemahiran teori serta amali dalam bidang rawatan kecantikan, spa, persolekan profesional dan pengurusan spa.
Dapatkan maklumat kemasukan, syarat-syarat dan permohonan melalui portal rasmi ambilan MyPOLYCC.
MOHON SEKARANG →Tingkatkan kemahiran, terokai minat dan pelajari sesuatu yang baharu melalui pelbagai kursus pendek yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Muar.
Ikuti Telegram Kursus Pendek Kolej Komuniti Muar untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kursus yang ditawarkan.
Ikuti perkembangan, aktiviti dan program Kolej Komuniti Muar melalui video TikTok terkini kami.
